Saturday, November 28, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa Mencerminkan Peribadi

Hari ni aku begitu tersentuh dengan bahasa yang digunakan oleh seorang yang aku hormat. Benar kata orang, bahasa itu adalah cerminan peribadi. Mungkin dia tidak sedar, tapi bagi aku, gunakan lah bahasa dan ayat yang sesuai supaya tidak mengguris perasaan orang lain. Kisahnya begini. aku cuba membuat panggilan kepadanya untuk bertanyakan sesuatu. Namun beberapa detik, panggilan tidak disambut, lantas aku menghantar msg bertanyakan

Aku              : am I disturb U?
Temanku      : Yes, U are couse now I in a meeting not dating.
Aku             : I am sorry
Temanku      : x ape
Aku             : (forward) Yes, U are couse now I in a meeting not dating
Temanku      : nanti saya contact kemudian
Aku             : Maaf ganggu. Tak perlu kalau sibuk sangat. Tak ada apa apa yang mustahak sangat

Hui!!! sedap betul bahasa. Aku hanya menggeleng kepala, lantas memohon maaf..aku forward semula msgnya dengan harapan dia akan sedar..Aku tidak pernah mengganggu urusannya, kalau kebetulan waktu berhubungan, dia ada urusan yang lebih penting, pastinya aku memendekkan atau menamatkan perbualan. Begitu juga sekiranya aku mempunyai urusan, aku akan meminta diri.

seketika kemudian

Temanku      : x ape
Aku             : (forward) Yes, U are couse now I in a meeting not dating
Temanku      : nanti saya contact kemudian
Aku             : Maaf ganggu. Tak perlu kalau sibuk sangat. Tak ada apa apa yang mustahak sangat

Mungkin teman ku tak sedar dengan bahasa yang dia gunakan. Aku rasa..ayat yang paling tepat ialah, maaf, saya ada meeting. Aku akan sedia maklum, tidak akan mengganggu dia. Aku minta maaf sekiraya temanku terasa hati dengan coretan ini, tapi itulah dia, bahasa mencerminkan peribadi. Renung2kan, fikir fikirkan

Tuesday, November 24, 2009

Erti rindu

Erti rindu pada seorang perempuan bernama....

Erti rindu pada seorang gadis
rindu pada sang kekasih
yang sering muncul di dalam mimpi
yang menjadi idaman di hati
terubat rindu pabila bertemu

Erti rindu pada seorang ibu
menanti anak pulang ke rumah
mencium tangan tanda sayang
hilang rindu terpendam di hati
melihat anak tak lupa asal-usulnya

Erti rindu seorang isteri
sabar menyambut suami di muka pintu
dengan senyuman manis terukir
debar menanti pulangnya sayang
memberi sinar pada hati tak sabar


Erti rindu seorang anak
kerja dirantau hidup sendiri
terkenang sedap masakan ibu
terkenang rajin ayah di kebun
alangkah indah masa itu

Erti rindu seorang kawan
masa mendewasakan manusia
setiap orang punya jalan sendiri
sesekali bersua seakan masa cemburu
tersenyum sendiri bila terkenang



Itu lah erti rindu pada aku

Azam dan impian

Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian. Aku pun sama. Impianku untuk menjadi yang terbaik dalam setiap yang akuk buat. Impian dan cita-citaku tinggi namun aku akan cuba usaha untuk mencapainya. Impianku yang pertama, aku ingin memulakan perniagaan supaya aku dapat menumpukan perhatian kepada si kecil kesayanganku, Umar. Aku mahu memperbaiki ekonomi keluarga aku supaya aku dapat berbakti. Kedua, aku mahu mendidik Umar supaya dia dapat membaca al Quran sebelum memulakan persekolahan tahun 1. Aku sendiri telah khatam Al Quran sebelum darjah 4. Maklumlah aku anak bongsu, manja lebih. Pantang mengadap Quran, bila kena sergah..meleleh air mata..rasanya pernah ada helaian Quran yang tembus. Itu aku, tapi kalau boleh Umar .. aku mahu dia sehebat namanya UMAR. Tegas, berani, Yang Memakmurkan. Ketiga, aku mahu menunaikan haji bersama suami, kakak dan ibu. Keempat, aku mahu membangunkan based ekonomi kepada keluargaku. Kelima, aku mahu meninggalkan sesuatu yang berharga untuk dimanfaatkan.

Wednesday, November 18, 2009

Berlari berkejaran

Umar mengejar abang sepupunya Farhan dan Fahmi. Berpeluh-peluh dia. Setiap petang, aktiviti kejar mengejar lah yang dia akan buat. Trainning bagi mengeluarkan peluh dan menguatkan kaki



Umar sebelum dapat berjalan. Abang sepupunya Farhan dan Fahmi tidak jemu-jemu melayan dan menolak stroller Umar setiap petang.

Gelagat Umar

Umar naik swing. Sekarang dah tak pergi lagi ke playground sebab setiap petang hujan turun.

Monday, November 16, 2009

Kucing kesayangan

Gambar ini hanya menjadi kenangan terindah. Putih dipeluk oleh Bulat. Kini dua dua telah tiada. Putih hilang tanpa dapat dikesan. Bulat telah meninggalkan alam fana.
Kucing ini menjadi teman sepermainan Umar sejak kecil. Sedih kerana selama 2 tahun Bulat ada, dia mengejutkan kami pada waktu pagi.
Kawan Umar kerana rela Umar buli w/p Umar duduk diatas badannya.
Peristiwa duka selepas Putih tiada. Sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa ke atas setiap hambanya. Maha Suci Allah. Aku serik untuk membela kucing sebab tak sanggup kehilangan lagi